Wednesday, September 18, 2013

Dr Azizan Osman Penipu?

Panas di Facebook saya mengenai pendedahan yang saya buat berkaitan seminar Dr Azizan Osman yang dipuja ramai


Ceritanya begini..

Pada 14 Oktober 2012 saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman
Seminar percuma untuk 4 jam.
Boleh baca perkongsiannya DI SINI.

Seminar itu memang bagus.
Walaupun cuma 4 jam, beliau meyakinkan kita yang kita boleh menjadi pakar rujuk dalam industri masing-masing dalam masa 3 tahun sahaja.
Beliau akan tunjukkan caranya dalam seminar yang lebih advanced.
Namanya Intensif Jutawan Indusri (IJI).

Jadi, beliau telah menawarkan 3 pakej pada masa itu.
tiket VIP pada harga RM 999
tiket Diamond pada harga RM 2999
dan tiket Supreme Diamond pada harga RM 4999

tiket VIP tu cuma untuk seminar IJI 3 hari dan tempat duduk VIP.

Tiket Diamond untuk
-seminar IJI 3 hari,
-1 hari seminar dengan Bill Walsh,
- 1 makan malam dengan Bill Walsh dan Dr Azizan (ada sesi perkongsian dengan Bill Walsh sekali),
- cd Marketing & You
- tempat duduk kedua paling hadapan
- khidmat sokongan dari Richworks seumur hidup.

Tiket Supreme Diamond akan dapat semua yang Diamond dapat dan
- tempat duduk paling depan
- 1 sesi group mentoring
- personal coaching selama 12 bulan
- sesi bergambar dengan Dr Azizan Osman
- review buku oleh Dr Azizan Osman apabila buku telah siap
- peluang penerbitan buku dengan syarikat penerbitan Dr Azizan Osman




Tertarik dengan janji manis dan teknik pemasaran beliau, saya ambil pakej Diamond.
Sebab saya fikir, bagus ada khidmat sokongan dan peluang seminar dengan Bill Walsh tu

seminar Intensif Jutawan Industri diadakan pada 23 - 25 November 2012.
26 hb pula sesi khas dengan Bill Walsh

Beberapa minggu sebelum itu, sms datang bertalu-talu
Staff Richworks tawarkan tiket general seating kepada mereka yang belum daftar IJI lagi.
Harga general seating ini adalah RM 499 sahaja tapi hanya untuk seminar 3 hari IJI ini sahajalah.
dan tempat duduk pun di belakang sekali.

tiket paling murah ini tak ditawarkan pada hari seminar percuma jutawan industri tu
jadi, saya rasa pasti siapa yang ambil pakej VIP terasa menyesal juga.
Baik ambil pakej general seating sahaja kan...
hm...

Maka, pada 23 hb november 2012 tu, saya pun hadir sebagai peserta pakej Diamond
saya ada kongsikan DI SINI

Tapi pada sesi pagi hari pertama itu, banyak kali Dr Azizan beritahu dan promosi mengenai untungnya peserta Supreme Diamond
Mereka akan menerima 12 bulan online personal coaching dari beliau sendiri
katanya sebulan sekali akan skype.
Dr akan follow up perkembangan peserta coaching ni nanti dan dia akan beri panduan

Promosi ini buat saya tertarik.
12 bulan online personal coaching dengan Dr Azizan.. peluang skype dengan dia sebulan sekali..
boleh tanya pasal nak buat seminar.. pasal macamana nak kembangkan blog..
pasal macamana nak keluarkan produk informasi seperti dvd dan ebook..
dan lain-lain yang ada dalam ajaran jutawan industri ni.
mesti syok kan..

Jadi, selepas berfikir selama beberapa jam, saya pun naiktaraf diri saya dari Diamond ke Supreme Diamod semasa rehat tengah hari
Swipe kad kredit untuk top up bayaran yuran.

Tamat sesi seminar 4 hari

Bulan Januri 2013 saya dihubungi untuk pilih tarikh untuk sesi group mentoring
saya dan kawan saya, Syahman pakat pilih 28 Januari 2013.

Dalam group mentoring tu, dia bahagikan kami kepada 3 kumpulan mengikut tahap pendapatan kami
Kemudian setiap seorang dberi peluang bertanya soalan, Dr Azizan jawab
Orang lain dengar jawapan tu.
itu sahaja.

Kemudian saya menunggu online personal coaching yang dijanjikan..
12 bulan online personal coaching ni.. mesti best.
saya bayar mahal ni.. tak apa.. pelaburan pada diri sendiri.

Tunggu punya tunggu tak ada khabar berita dari Richworks atau DAO sendiri
Senyap
Yang saya nampak di FBnya, ada banyak seminar Berani Berniaga, Berani 2013, Berani Hidup Luar Biasa, Advanced Marketing Power, IMKK dan lain-lain aktiviti
ada banyak juga percutian luar negara yang beliau dah pergi
sempat juga pergi umrah
Tapi online personal coaching masih tiada

Saya tanya Syahman.. ada tak dia dihubungi untuk sesi personal coaching ni.
takut lah saya seorang sahaja yang tertinggal nama
Kata Syahman, tak ada pun..

tunggu punya tunggu...
dari bulan November 2012 hingga Julai 2013 masih diam.
Akhirnya pada 19 julai saya hantar email kepadanya.





Diam... tak ada jawapan

Kemudian pada 22 Julai 2013, saya copy paste soalan yang sama di FB Alumni nya.
barulah dapat jawapan




'dr azizan telah bersetuju merubahnya menjadi group coaching session secara live menggantikan sesi 12 bulan tersebut'

Aik... Dr azizan je bersetuju? ada tanya tak persetujuan kami yang dah bayar ni?

Berapa kali group coaching session tu belum diketahui. adakah sebulan sekali juga? atau hanya sekali sahaja?

Kemudian saya mula menulis di FB saya mengenai hal ini.
sebab saya sangat frust.
saya upgrade dan sanggup bayar sebanyak itu kerana kononnya ada personal coaching yang beliau beriya promosi semasa seminar tu
tapi selepas 8 bulan bertanya, itu jawapannya.

Selepas status itu, saya menerima satu pm di FB
rupanya ada peserta Advanced Marketing Power yang dijanjikan personal coaching pun menerima nasib yang sama..




Sesuatu yang sangat tak kena berlaku.

Semalam pula, saya nampak di FB DAO, beliau nak buat smeinar Jutawan Industri 2013 pula.
Haihhh... personal coaching pada peserta jutawan industri 2012 pun belum terlaksana, nak jual minyak angin lagi?

Maka itulah semalam saya naikkan amaran ini.





Lewat petangnya, tuan Zaidi Ismail ada update status tentang rakyat Malaysia yang poyo.
Tiba-tiba DAO muncul memberi komen, 'Ini poyo'
Terus pada masa tu tuan Zaidi tag beliau dan saya dan terus bertanyakan mengenai dakwaan saya.

Tak sangka. woww.. DAO jawab komen tu...
boleh baca di screenshot di bawah










Persoalan:

1) Bukankah dia sendiri yang tentukan dan buat keputusan untuk buat personal coaching atau tidak. Apa yang missinform?
2) Saya seorang sahaja yang dikatakan memberi maklumbalas. Peserta yang lain diam sahaja. Tapi kalau peserta yang lain diam pun, adakah itu bermakna beliau boleh terlupa pada pakej yang perniagaan beliau tawarkan?
3) Ramai orang sanggup bayar lebih kerana personal coaching ini. Tapi sekarang ini, beliau telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan benda lain. Bukankah dalam islam, jual beli adalah atas dasar persetujuan dan saling redha meredhai dengan apa yang dijual dan dibeli. Jika peserta tak setuju dengan penggantian personal coaching ini, bagaimana? Adakah beliau boleh refund balik sebahagian wang yuran seminar ini?

Saya hanya menyampaikan maklumat ini atas fakta dan pengalaman saya sendiri
saya tidak mahu lebih ramai orang lain terpedaya dengan pakej dan promosi kaw-kaw sebegini.

Kalau nak hadir juga seminar Dr Azizan Osman, cukuplah jika hadir seminar free beliau atau beli tiket general seating sahaja/

Saya akan update perkembangan seterusnya selepas saya mendapat berita apa dia 'sesuatu' yang nak diganti tu dari team Dr Azizan.

--------------------------------------

Comment dari pembaca


Derok -
DAO terlalu mengejar profit dari "bisness buat kelas" hingga terlepas pandang perkara2 yang dijanjikan..
nak tanya lah, selain buat seminar, apa lagi bisnes yg generate income DAO ye..? sy kurang kenal beliau (malas nk google latar belakangnya).


Seri Kandi Tanah Jauhar -
saya dah lama tahu dan dengar pasal penipuan yang dilakukan DAO ni hanya kerana dia pandai bercakap senang2 sahaj nak kelentong orang ke? Syabas, kerana berani mendedahkannya. Sy sokong Sitiezahim untuk buat laporan polis, biar terbuka mata org2 kat Msia yg ditipunya.. ramai lagi yg dah rasa terkena cuma mungkin mereka malu kerana sebelum ini terlalu mengagungkan dan bangga kalu dapat pergi seminar dia.


ado363 -
Tak faham masih ramai yg mudah terpedaya...nak untung cepatlah...saya hanya pernah mendengar pasal Azizan ni di Media sahaja...apa bisnes yg dia buat sehingga begitu cepat boleh jadi jutawan..mcm sistem labuperam je...

Shah Zarraz -
Sy pun pernah terkena. Sy ambil Pakej paling mahal utk sertai AMP awal tahun ini... mmg rasa xberbaloi dgn Rm4k++ tp jual air liur je... uhhhhhhhh...


Sharrief foO -
Why do people still trust this scumbag?..his PhD is not even legit


Hujan Emas -
saya tak pernah rasa terpedaya dengan teknik marketing Super supreme, supreme diamond ke apa... saya pun pergi kelas dia semua yg saya ambil yang paling murah dan free. 
Kalau kita nak belajar niaga, bukan ikut bulat apa yang dia kata.... kita tengok juga cara dia kaut keuntungan, dan apa yang dia jual....
Dalam seminar IJI tu saya pun penah pergi, saya ingat dia ada kata, kalau nak niaga kita kena fokus satu bidang sampai bagus baru kita boleh buat benda lain. kita kena ada kepakaran dalam barang apa..
Kita tengok dia plak...
dia ada niaga macam2 bukan setakat satu barang..macam2 dia jual...daripada garam, aura tah apa lagi yang dia jual, keropok
Jadi kita tak payah ikut sangat apa yang dia cakap kita tengok sekali apa yang dia buat sampai jadi jutawan. Ye dia memang jutawan seminar, pandai tarik orng tuk bayar seminar yang mahal2, sekali buat seminar dia dah boleh jadi jutawan. Itulah perniagaan dia yang sebenar...
Jadi jangan cepat terpedaya kena pandai melihat dari sudut yang berbeza


zheng -
Saya dlu amik course advance marketing power. pun kena jugak. alih2 yg amik seat general naik taraf mcm diamond. rugi jer bayar rm2999. baik byr rm999 jer. cheh!


AquaDolf -
pernah hadiri seminar yg free dan berbayar. dari pengamatan, ilmu yang diberi itu biasa2 sahaja dan boleh digoogle secara percuma dan saya pun banyak bahan bacaan berkenaan topik yang sama
cuma cara percakapan yang berapi itu mmg mampu menarik minat. utk menaikkan semangat mmg bagus
tapi ramai juga bangsa kita yang minat berniaga tidak tahu ilmu tersebut,jadi tidak salahlah utk hadir. bagi saya tiada penipuan jika sekadar hadir di seminar biasa
tapi perbuatan tidak fulfillkan apa yang dijanjikan mmg tidak patut sama sekali. dan saya sangat sokong tindakan puan.


Nik Ahmad Zainalddin -
Kat Msia ni ramai yg rasa ditipunya.. ramai lagi yg dah rasa terkena cuma mungkin mereka malu kerana sebelum ini terlalu mengagungkan dan bangga kalu dapat pergi seminar dia.
Nak kata dia menipu 100% tu tak patut. Ramai yang pergi kursus dia, bawa pulang ilmu dan semangat yang bermanafaat. Dia ada ilmu. Apa yang disampaikan betul, bukan penipuan. Dia bukan menipu dari segi ilmu yang disampaikannya.
Apa yang kurangnya adalah perlaksanaan jual beli perkhidmatannya, menyebabkan ramai yang tertipu. Tertipu bukan dengan ilmunya tapi tertipu dengan urusniaganya. Dia menjual khidmat, khidmat mentorship dan khidmat mengajar. Apa yang dijualnya itu mahal harganya. Kebanyakan yang pergi untuk belajar, bukan orang senang, mahu laburkan ribuan ringgit bukan suatu yang kecil. Bila yang ditawarkan tidak ditunaikan seperti yang dijanjikan, itu tidak patut. Jadi tunaikanlah apa yang menjadi hak orang lain.
Sempurnakanlah akad jual belinya. Jangan berjanji dipentas, tapi wakilnya dibawah menjual khidmatnya dengan terma dan syarat yang berlainan dari yang ditawarkan.
Saya belum sentuh tentang diskriminasi dikalangan anak muridnya. Dimana ikhlasnya guru? jikalau membeza-bezakan anak murid yang bayar yuran lebih dengan yang kurang. Adakah dia benar-benar ikhlas nak bantu ekonomi orang lain atau sememangnya hanya nak berniaga? Ketika anda sudah bergelar jutawan, mengapa masih berkira-kira bayaran dua tiga ratus dari orang yang bergaji dua tiga ribu?
Saya tidak pernah sebulu dengan orang yang menjual ilmu. Jadikanlah amanah Allah itu satu kewajiban untuk disebarkan. Terimalah bayaran untuk khidmat berpada-pada dan berlapang dadalah dengan orang yang kurang berkemampuan. Apakah tuan mengira kecil atau besar hasrat dan usaha seseorang melalui wangnya?


el-ilmydotnet -
Awal kemunculan beliau, beliau bawa seminar rahsia tarikh lahir. Ketika itu lagi sudah ada beberapa persoalan:
1. Rahsia tarikh lahir, ustaz-ustaz menolaknya, ia boleh membawa kepada syirik.
2. PhD yang beliau perolehi, adakah benar atau tipu? Cuba cari Gordon University Florida.
Dua perkara ini sudah cukup untuk tidak lagi mengikuti apa-apa daripada beliau. 
Wallahu'alam.


fari sya -
Stop panggil dia Dr..sbb dia x punya Ijazah Doktor Falsafah (PHD) pun...cuma dia beli ijazah palsu dari university luar Negara melalui online sahaja....sebab itu dia tak pernah tulis dlm biodatanya..
Kaedah penipuan spt Seminar Jutawan ni ah lama orang Cina di Malaysia buat dan mereka jadi Jutawan hanya dengan mengadakan seminar ...coaching yang dia buat ni xde apa2 pun yang menarik ... cuma amik kat internet je...
Saya nasihatkan orang Melayu bahawa kenapa kita masih percaya dan mahu dengar orang yang MENIPU kita dengan gelaran Dr..sedangkan dia xde kelulusan pun...cuma diploma je dr Uitm... 
Org lain bertungkus lumus habiskan masa 3-4 tahun buat PHD full time...utk dpt Dr..dia senang2 je guna gelaran Dr.yg di beli...



Sumber : propertywaltz.com

2 comments:

  1. ilmu tarikh lahir mmg haram.sy ada baca dlm majalah solusi..

    ReplyDelete
  2. ilmu juga adalah penting dan apabila dapat ilmu mestilah dilaksanakan baru dapat result. tentang Dr Azizan guna gelaran yang diragui itu letak nombor dua. Kebolehan dia bagi semangat dan motivasi kepada perniaga dan peserta itu yang utama.

    ReplyDelete