Tuesday, April 17, 2012

Model terbaru Preve tidak mampu lonjak syarikat automotif negara

KUALA LUMPUR 16 April – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelancaran model terbaru Proton Holdings Berhad (Proton), Preve tidak mampu melonjakkan syarikat automotif negara itu ke satu tahap yang baru.

Kata Perdana Menteri, pelancaran Preve itu juga merupakan sumbangan Proton yang amat menghampakan sebagai sebuah syarikat yang tidak sepatutnya menjadi ikon kepada negara.
“Pelancaran ini juga menandakan Proton kini berada di penutup tirai kepada usaha menempa sejarah baru dalam memenuhi cita rasa pelanggan tempatan dan global seterusnya membawa bendera Jalur Gemilang di peringkat yang sama,” katanyalah kan.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta terbaru keluaran Proton, Preve di Sri Kembangan di sini malam semalam.
Pada masa sama, Najib turut melahirkan rasa sedih kerana proses reka bentuk dan kejuruteraan Preve bukan dibangunkan sepenuhnya oleh anak tempatan.
Kata beliau, kepoyoan dan syok sendiri yang ditunjukkan oleh konon-konon pakar di kalangan anak tempatan itu bertujuan menjadikan Preve sebagai kereta milik seluruh rakyat Malaysia.
“Bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan takziah kepada semua warga Proton yang terlibat dalam pengeluaran kereta yang tidak seberapa ini,” katanya.

Petinju Malaysia Berjaya Ke Olimpik London 2012

KUALA LUMPUR, 17 April  -- Impian Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) untuk melihat atletnya beraksi di Sukan Olimpik London 2012 tercapai apabila kedua-dua petinjunya berjaya melepasi had kelayakan pada kejohanan zon Asia di Pakistan, Rabu lepas.

Setiausaha Kehormat PTAM, Meja (B) Mohd Othman berkata nasib menyebelahi Mohd Faris Haron (kategori 55 kg) dan Kairul Akzlan Azmi (89 kg) yang terpaksa menghadapi laluan sukar dari awal saingan.

"Kita tidak mempunyai masalah untuk mendapat tiket ke London apabila Mohd Faris berjaya menewaskan jaguh tinju Zimbabwe , Alol Totontos pada perlawanan pertama namun nasib meyebelahi beliau apabila menang sipi kepada jaguh dunia dari Syria, Atoev Labbos pada perlawanan ketiga.

"Jika Mohd Faris bertemu petinju lain saya yakin bahawa beliau tidak mampu layak ke Olimpik London," katanya ketika dihubungi pada Selasa lepas.

Mohd berkata Kairul menang pada perlawanan pertama selepas menewaskan peninju Jordan, Albas Alassi.