KUALA LUMPUR, 17 April -- Impian Persekutuan Tinju Amatur
Malaysia (PTAM) untuk melihat atletnya beraksi di Sukan Olimpik London
2012 tercapai apabila kedua-dua petinjunya berjaya melepasi had kelayakan
pada kejohanan zon Asia di Pakistan, Rabu lepas.
Setiausaha Kehormat PTAM, Meja (B) Mohd Othman berkata nasib menyebelahi Mohd Faris Haron (kategori 55 kg) dan Kairul Akzlan Azmi
(89 kg) yang terpaksa menghadapi laluan sukar dari awal saingan.
"Kita tidak mempunyai masalah untuk mendapat tiket ke London
apabila Mohd Faris berjaya menewaskan jaguh tinju Zimbabwe , Alol Totontos pada perlawanan pertama namun nasib meyebelahi beliau
apabila menang sipi kepada jaguh dunia dari Syria, Atoev Labbos pada
perlawanan ketiga.
"Jika Mohd Faris bertemu petinju lain saya yakin bahawa beliau tidak mampu
layak ke Olimpik London," katanya ketika dihubungi pada Selasa lepas.
Mohd berkata Kairul menang pada perlawanan pertama selepas menewaskan peninju Jordan, Albas Alassi.
No comments:
Post a Comment